JOHAN NASYID
IHTIFAL KAFA PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

JOHAN NASYID 
IHTIFAL KAFA KEBANGSAAN 2012, MELAKA

Islam Semesta
Rusydan
0:00/3:46

SOALAN LAZIM KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2013 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN) DAN SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN (SMTDR)

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) ?

Untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) , anda perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak selepas keputusan UPSR diumumkan.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon?

  1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Calon yang menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun semasa.
  3. Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR, dan
  4. Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 4B UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa).

3. Adakah kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) memerlukan Ujian Khas?

Selepas keputusan UPSR diumumkan dan menghantar borang permohonan, calon-calon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Khas iaitu Ujian Hafazan Quran. Beberapa potongan ayat Quran akan diberi kepada calon dan diminta menghafaz dalam tempoh tertentu. Ujian Hafazan Quran tersebut akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

4. Bila borang permohonan akan keluar?

Borang permohonan akan keluar selepas keputusan UPSR diumumkan.

5. Di mana borang permohonan boleh diambil?

Borang permohonan boleh diambil di Bahagian Pendidikan, JAIPk atau di mana-mana Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) atau mana-mana Pejabat Agama Pentadbiran Islam Daerah seluruh Negeri Perak.

6. Borang secara manual atau online?

Borang dalam bentuk bentuk manual dan perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan, JAIPk.

*Permohonan ditutup selepas 2 minggu keputusan UPSR diumumkan.
*Terima kasih kepada semua yang berminat untuk memasuki ke sekolah ini. walaubagaimanapun kesemua kemasukan adalah diuruskan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Borang boleh didapati di sana.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU  SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK 2013

Permohanan boleh dibuat setelah keputusan UPSR diumumkan

Borang boleh didapati secara PERCUMA di premis berikut :


1.  Bahagian pendidikan, JAIPk.

2.  Pejabat-pejabat Agama Daerah Negeri Perak.

3.  Sekolah Izzudin Shah, Ipoh.

4.  Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh.

5.  Sekolah Raja Dr. Nazrin Shah, Kampong Gajah.

6.  Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)  Pulau Pangkor. 

7.  Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)  Lenggong.

                                                                                 8.  Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)  Kerian.

                                                                                 9.  Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)  Batang Padang.

                                                                                 10.Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan  (SMTDR)  Kuala Kangsar.


Syarat Pemohon

1.  Memperolehi sekurang-kurangya 3A 2B dalam UPSR 2012

2.  Memperolehi sekurang-kurangya 4A 4B dalam UPKK 2011

3.  Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) 2012

** Permohanan ditutp selepas 2 minggu keputusan UPSR diumumkan.

*** Calon-calon yang memenuhi syarat akan dipanggil menduduki ujian khas hafazan Al-quran.


PENGURUSAN MARKAH UPKK 2012

Dimaklumkan terdapat perubahan dalam pengurusan markah UPKK daerah Ipoh pada tahun ini. Semua sekolah diminta untuk mengisi 3 markah awal terlebih dahulu iaitu Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI), Amali Solat dan Penilaian Bacaan dan Hafazan al-quran dan menghantar SPMS tersebut pada 1 hingga 4 Oktober 2012 kepada Penyelia KAFA Daerah Ipoh. Disamping itu juga, setiap sekolah perlu membuat semakan pada setiap ejaan nama pelajar bagi mengurangkan kesalahan. Tempat menghantar maklumat akan dinyatakan dalam taklimat bulanan. Oleh yang demikian mohon semua sekolah mengambil tindakan yang sewajarnya.-dimuat naik 13/8/2012

JADUAL PEPERIKSAAN UPKK 2012

Dimaklumkan jadual peperiksaan UPKK 2012 telah dimuat dilaman ini untuk tindakan dan perhatian pihak sekolah.

Program Mendatang

No upcoming events

Gambar Terkini